Sodium Laureth Sulfate (SLES)

Merupakan surfaktan pengemulsi atau detergen (pencuci) dan bersifat menghakis serta hebat memecahkan lemak.

Digunakan sebagai bahan pencuci utama dan penggalak buih dalam kebanyakan produk seperti syampu, sabun, cecair mandian, pencuci muka, ubat gigi serta dalam produk pencuci lantai dan pembersih enjin jentera.

Kenapa perlu ELAKKAN?

Semasa penghasilan SLES, proses ‘ethoxylation’ boleh menyebabkan SLES tercemar dengan dioxane, iaitu sejenis bahan karsinogenik (penyebab kanser).

Berkemungkinan tercemar dengan methylene oxide, bahan kimia yang mengganggu sistem saraf, kerosakan buah pinggang dan hati.

Kajian menunjukkan bahawa struktur SULFATE adalah penyebab kerengsaan kulit. Jadi perhatikan & jauhi juga bahan detergen lain seperti Ammonium Lauryl SULFATE dan lain-lain.

SLES adalah lebih merengsakan kulit dan mata berbanding dengan bahan pencuci amphoteric dan non-ionic.

Disebabkan ia bersifat menghakis, sekiranya tidak diformulasi dengan baik dalam sesuatu produk penjagaan kulit, SLES boleh menyingkirkan lipid dari kulit kita, mengeringkannya dan mencederakan membran sel, membolehkannya menembusi lebih jauh ke dalam badan kita dan mencetuskankan tindak balas imun tubuh.

Ia boleh menyebabkan tindak balas keradangan kulit seperti contact dermatitis bagi individu berkulit sensitif.

 

Kredit: https://www.facebook.com/RonaseraNatural

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *