Makanan Tinggi Kalsium Selain Produk Tenusu

“Ada tak sumber makanan lain yang boleh gantikan produk tenusu untuk bagi kalsium cukup dalam badan saya?”

Itu adalah soalan yang kerap diajukan oleh mereka yang mengalami masalah alergik ataupun tidak gemar kepada produk tenusu. Mereka sedar tentang kepentingan kalsium untuk tubuh. Tapi dalam masa yang sama juga mereka terpaksa mengelakkan produk tenusu dalam diet pemakanan seharian. Jadi, bagaimana untuk membantu mereka yang alergik atau tidak gemar kepada produk tenusu ini mengambil kalsium yang cukup?

Sebelum saya menjawab persoalan tadi, ada dikalangan kita yang masih tersalah konsep tentang pemakanan dan kalsium ini. Mereka menyangkakan keperluan kalsium badan hanya dapat dipenuhi dengan memakan atau meminum banyak produk tenusu. Jika tidak memakan atau meminum produk tenusu, kandungan kalsium dalam tubuh dikhuatiri tidak mencukupi nanti. TUNGGU….itu semua TIDAK BENAR. Masih ada sumber makanan lain yang boleh menampung keperluan kalsium untuk tubuh kita sebenarnya di luar sana. Malahan sumber makanan itu mengandungi kalsium yang tinggi daripada produk tenusu.  Anda perlu belajar untuk mempercayainya.

Berikut adalah sumber makanan selain produk tenusu yang boleh memenuhi keperluan kalsium yang mencukupi untuk tubuh kita:

  1. Susu soya
  2. Tofu
  3. Tempeh
  4. Oatmeal segera
  5. Bijan
  6. Badam
  7. Ikan sardin
  8. Buah tin/ buah ara kering
  9. Buah Oren
  10. Bendi
  11. Brokoli
  12. Sayur Bayam
  13. Sayur Kale
  14. Sayur Bok Choy
  15. Rumpai laut

Jadi, anda tidak perlu risau selepas membaca artikel ini. Masih banyak sumber makanan alternatif untuk kalsium selain produk tenusu.

Kredit : Blog greatist & myfitnesspal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *