Apa Punca Sakit Kepala?
Sakit kepala datang dalam pelbagai bentuk dan pelbagai sebab. Berikut adalah punca sakit kepala:
Dehidrasi
Kurang minum air akan menjadikan anda dehidrasi. Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk memastikan cecair badan mencukupi.
Keletihan
Melakukan aktiviti kerja seharian memang meletihkan. Elakkan diri anda dari melakukan kerja berterusan tanpa rehat. Jika sakit kepala datang disebabkan keletihan, semua kerja terpaksa ditangguh.
Ketegangan
Tekanan ditempat kerja, rumah, kerenah ahli keluarga dan persekitaran akan memberikan rasa ketegangan kepada diri. Apabila ketegangan datang, sakit kepala akan menemaninya. Belajarlah untuk berfikiran positif.
Bunyi bising
Bunyi bising yang datang dari persekitaran boleh menimbulkan ketegangan dan akhirnya sakit kepala. Larilah sebentar ke tempat lebih senyap untuk meredakan ketegangan.
Tempoh haid
Wanita yang sedang menjalani tempoh haid mudah diserang sakit kepala kerana sedang mengalami perubahan hormon tubuh badan.
Lampu terang
Pendedahan mata kepada lampu terang dalam jangka waktu yang lama akan menimbulkan sakit kepala. Jika terpaksa berada dalam persekitaran lampu terang, pakailah cermin mata gelap.
Wangian buatan
Wangian buatan kadangkala menghasilkan bau yang mampu mendatangkan rasa sakit kepala. Anda perlu menjauhkan diri dari individu yang memakai wangian buatan berlebihan. Pesanan untuk anda juga, pastikan anda tidak memakai wangian buatan dengan banyak agar orang disekeliling tidak sakit kepala dengan anda.
Perubahan cuaca
Cuaca yang terlalu panas boleh menimbulkan sakit kepala. Pakailah pelindung kepala jika terpaksa berada di bawah terik matahari.
Postur yang lemah
Postur tubuh anda yang lemah akan mengundang sakit kepala untuk bertandang. Pastikan anda mengamalkan postur tubuh yang betul.
Baru berhenti mengambil kafein
Peminum air berkafein yang sudah mula berhenti mengambilnya boleh mendapat sakit kepala kerana tubuh badan masih belum boleh mengadaptasinya.
Alkohol, terutamanya wain merah
Minuman beralkohol boleh menimbulkan sakit kepala. Lebih baik anda jauhi minuman beralkohol.
Kredit: www.mercola.com
Kalsium, magnesium boleh legakan sakit kpala
Terima kasih kerana berkongsi maklumat yang berguna. Layari juga https://www.sihat.net untuk menambah ilmu tentang kesihatan