Suka Tidur Lewat? Jangan Harap Nak Awet Muda

Begitu banyak faktor yang mempengaruhi kesihatan kulit kita. Kulit adalah organ terbesar badan kita dan akan bertindak sebagai cermin yang mencerminkan kesihatan dalaman kita.

“Saya kena tidur untuk cantik”.  Saya pasti kita semua pernah bercakap ataupun mendengar ayat begitu. Kadang-kadang kedengaran macam sedikit sindiran pun ada jugakan? Tetapi itu sememangnya bukan jenaka: tidur memang kecantikan sebenar!

Tidur yang nyenyak amat penting untuk kesihatan kulit. Mari lihat fakta tentang tidur dan kaitannya dengan kulit:

1) Tidur adalah masa untuk pembaikan dan pertumbuhan semula sel untuk badan dan kulit.

Pengeluaran hormon pertumbuhan badan manusia meningkat semasa tidur. Hormon ini meningkatkan pengeluaran kolagen dan diperlukan bagi membaiki beberapa kerosakan DNA yang disebabkan aktiviti seharian kita pada siang hari. Sel-sel DNA kulit terjejas disebabkan oleh sinaran UV dan pencemaran alam sekitar yang menyebabkan kerosakan radikal bebas dan penuaan pra-matang. Tidur yang terganggu ataupun tidak cukup akan menjadikan proses membaiki dan penjanaan semula sel-sel DNA kulit terjejas.

2) Kekurangan tidur meningkatkan tahap kortisol yang menjejaskan sintesis kolagen dan pembaikannya.

Kekurangan tidur meningkatkan tahap kortisol. Kortisol adalah hormon yang dilepaskan badan apabila ia mengalami tekanan, sama ada fizikal atau emosi. Kortisol mempunyai tujuan yang tersendiri di dalam mengimbangi keseimbangan hormon badan kita. Bagaimanapun, ia menimbulkan masalah apabila pengeluarannya melebihi tahap optimum. Kortisol merosakkan kolagen dan menghalang proses sintesis dan pengeluarannya. Ia juga menghalang sintesis asid hyaluronic. Asid hyaluronic diperlukan kerana ia menjadikan kulit terhidrat, gebu dan menipiskan lapisan atas kulit. Jika sintesis asid hyaluronic terhalang, ia akan menyebabkan kulit menjadi merah dan nampak kusam kerana saluran darah di bawah kulit kelihatan lebih ketara.

3) Kekurangan tidur menggalakkan keradangan sistemik yang mengakibatkan malapetaka pada kulit.

Sel-sel imun yang dipanggil monosit akan menjadikan keradangan lebih aktif apabila kita kurang tidur. Seperti kortisol, keradangan adalah semula jadi dan diperlukan badan tetapi menyebabkan beberapa masalah kesihatan jika pengeluarannya melebihi tahap optimum. Keradangan mengakibatkan malapetaka pada kulit. Ia mencetuskan ekzema dan jerawat serta mempercepatkan penuaan kulit. Hubungan antara keradangan kronik dan penuaan pra-matang begitu terkenal sehinggakan ia sering dirujuk sebagai inflamasi-penuaan.

4) Tidur yang cukup adalah perlu untuk proses detoksifikasi semulajadi hati, yang sangat penting untuk kesihatan kulit.

Tidur adalah masa bagi hati kita menjadi amat aktif bekerja di dalam menyingkirkan (menyahtoksik) badan daripada toksin. Dan pada waktu tidur juga hormon digunakan secara berlebihan. Jika proses ini terganggu atau tidak lengkap, ia akan terpancar pada kulit. Apabila hati tidak boleh menyingkirkan toksin dan hormon dengan betul, badan akan cuba untuk menyingkirkan toksin melalui cara penyingkiran (detoksifikasi) yang lain. Salah satu daripadanya ialah menyingkirkan melalui kulit. Apabila toksin dikeluarkan melalui kulit, ia boleh merosakkan sel-sel dan menyebabkan keradangan (seperti yang dinyatakan di atas tadi). Dan jika hormon yang digunakan berlebihan dan tidak disingkirkan dengan betul, badan boleh mengalami lebihan hormon yang menyebabkan jerawat dan penuaan awal.

Jadi berapa banyak masa tidur yang kita perlukan?
Ia bergantung kepada individu. Tetapi secara umum, 6-8 jam adalah waktu yang optimum. Masa ideal yang dicadangkan untuk anda tidur ialah bermula pada pukul 10 malam sehingga 5 pagi.

Ingat ya JAGA TIDUR itu juga DISIPLIN DIRI yang perlu kita tekankan dalam penjagaan kesihatan & kecantikan agar kita dapat berfungsi aktif, produktif setiap hari dan seterusnya awet muda!

2 thoughts on “Suka Tidur Lewat? Jangan Harap Nak Awet Muda

  • June 20, 2017 at 7:07 am
    Permalink

    Thanks.artikel yg bagus dan sangat berguna.

    Reply
    • June 20, 2017 at 8:55 am
      Permalink

      Terima kasih di atas sokongan anda. Nantikan artikel seterusnya ya!

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *