Ayam Goreng Kentucky

  • Beliau hanyalah seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah rumah kecil dan memiliki kereta usang.
  • Meneruskan kehidupan dengan wang pencennya bernilai US99.00 setiap bulan.
  • Pada usia 65 tahun, beliau memutuskan untuk mengubah kehidupannya. Keluar dari kesusahan.
  • Beliau percaya resipi ayamnya adalah sesuatu yang istimewa.
  • Percubaan beliau untuk memfrancaiskan resipi ayam gorengnya menemui kegagalan hingga lebih 1000 kali.
  • Akhirnya segala usaha beliau berbaloi apabila ada seorang pemilik restoren bersetuju untuk bekerjasama dengannya.
  • Beliau adalah Colonel Harland David Sanders. Kini beliau merupakan ikon restoren makanan segera terkenal di dunia, Kentucky Fried Chicken (KFC). 
  • Dikenali dengan menu popularnya, “ayam goreng Kentucky”. Menu yang menjadi kegemaran ramai.
  • Restoren francaisnya boleh dilihat di serata dunia dengan muka beliau sendiri dijadikan duta produk.
  • Walaupun beliau telah meninggal dunia, legasinya masih kekal ke hari ini.
  • Apa yang boleh kita pelajari dari kisah ini, jangan berputus asa dan selalu percaya kepada diri sendiri walaupun segala usaha pernah ditolak.
  • TETAPI, elakkan makan makanan segera kerana ia kurang berkhasiat untuk tubuh kita. Yang baik ambil jadikan teladan, yang tak berapa baik jadikan sempadan. JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *