Triclosan

Digunakan dalam banyak sabun tangan ANTIBAKTERIA, SANITIZER tangan, deodoran, pembersih wajah, ubat gigi & ubat kumur.

Triclosan adalah ejen antimikrobial berspektrum luas, membunuh bakteria dan menghalang pertumbuhan bakteria. Malangnya, ia juga merosakkan SEL-SEL MANUSIA.
Ia dikesan berkumpul dalam rantaian makanan akuatik.

Kajian terhadap berudu katak menunjukkan proses transformasi dari berudu ke katak dewasa yang terbantut.

Kenapa perlu ELAKKAN Triclosan ?

Dipercayai bahawa Triclosan boleh menembusi jauh ke dalam kulit.

Bersifat lipophilic & TERKUMPUL DALAM TISU LEMAK, telah disokong oleh kajian yang mengesan Triclosan dalam 3 daripada 5 sampel SUSU MANUSIA.

MENJEJASKAN FUNGSI HORMON dengan:

Menurunkan paras HORMON THYROID.

meningkatkan ekspresi gen yang sensitif ANDROGEN dan ESTROGEN.

Juga telah dikaitkan dengan gangguan terhadap FUNGSI OTOT & JANTUNG.

Triclosan sahaja tidak menyebabkan kesan ini, tetapi berlaku dengan kehadiran hormon THYROID. Sedangkan tubuh manusia yang normal memang memerlukan hormon penting ini untuk perkembangan otak & tubuh. Ini mencadangkan bahawa Triclosan boleh memberi IMPAK NEGATIF pada kesihatan anda.

Kredit: https://www.facebook.com/RonaseraNatural

One thought on “Triclosan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *