Kunyit Bantu Cegah Kanser?

Kunyit atau nama saintifiknya, Curcuma Longa1 merupakan tumbuhan yang mempunyai bahan anti-oksidan yang tinggi, anti-radang, anti-kanser dan anti-bakteria.

Kunyit telah digunakan di India sejak beribu-ribu tahun bukan sahaja sebagai rempah untuk makanan, tetapi juga sebagai ubat. Rempah kuning kunyit yang digunakan dalam masakan India dan melayu memberikan rasa rempah unik dan sedap. Ia boleh bergabung baik dengan banyak jenis makanan lain. Namun jika diletak secara berlebihan dalam masakan boleh memberikan rasa pahit.

Selama bertahun-tahun, kajian meluas telah dijalankan bagi mengenalpasti potensi kunyit terhadap kesihatan manusia. Hasil kajian tentang kunyit ini telah berjaya memberikan keputusan yang sentiasa positif. Jadi tidak hairanlah bila kunyit diberikan nama samaran sebagai “rempah kehidupan”.

Terdapat banyak cara untuk menggabungkan kunyit ke dalam kehidupan harian anda. Jom ketahui lebih lanjut mengenai kunyit dan lihat bagaimana anda boleh mendapat manfaat ini dan bagaimana ia boleh membantu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan anda.

Manfaat kesihatan yang dihasilkan oleh kunyit kebanyakannya adalah disebabkan oleh bahan curcumin (sebatian bioaktif yang terdapat dalam kunyit). 

Seperti yang dinyatakan tadi, kunyit dikenali sebagai “rempah kehidupan” dan curcumin mempunyai peranan dalam membantu kunyit mendapat gelaran ini. Ia membantu melawan penyakit seperti:

Osteoarthritis: Kajian pada tahun 20112 menunjukkan bahawa pesakit yang menambah 200 miligram curcumin di dalam rawatan harian mereka mengalami rasa kurang sakit dan pergerakan yang meningkat. Kajian awal juga mendedahkan bahawa ekstrak kunyit boleh menyekat peringkat keradangan di dalam tubuh. Ia juga cekap di dalam menghalang sejenis protein yang boleh mencetuskan bengkak dan kesakitan.

Kanser: Curcumin menyokong keupayaan anti-kanser kunyit berbanding dengan nutrien lain. Kunyit adalah senjata yang kuat terhadap sel-sel kanser. Kajian menunjukkan bahawa rempah super ini sebenarnya boleh menghalang kanser daripada terus berkembang dan bagi mereka yang telah mempunyai kanser, kunyit mampu melambatkan pertumbuhan dan penyebaran sel-sel kanser.

Menurut Dr William LaValley (doktor Perubatan Kanser Semulajadi terkemuka), curcumin berguna untuk hampir setiap jenis kanser kerana bahan ini boleh menjejaskan pelbagai sasaran molekul melalui pelbagai peringkat pembentukan kanser. Curcumin juga tidak toksik dan tidak mengganggu sel-sel sihat. Sebaliknya, ia fokus pada sel-sel kanser.

Sifat anti-bakteria curcumin menjadikan ia berkesan terhadap gastritis, ulser peptik dan kanser perut di mana semuanya disebabkan oleh bakteria Helicobacter pylori (H.pylori). Ini terbukti dalam satu kajian 2009, di mana curcumin berkesan menghalang pertumbuhan H.pylori in vitro pada tikus, tidak kira jenis ‘strain’ genetik bakteria tersebut3.  Ini adalah penting, kerana H.pylori adalah karsinogen kumpulan 1 menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan memberi kesan kepada lebih separuh daripada penduduk dunia.

Kunyit juga membantu mencernakan lemak dengan merangsang aliran hempedu di pundi hempedu. Oleh itu ia sangat berkesan sebagai pembantu pencernaan dan sebatian membakar lemak.

Faedah lain kunyit kepada kesihatan: 4,5,6

  • Membantu mengekalkan sistem penghadaman yang sihat.
  • Mengawal sekitar 700 gen anda.
  • Mengawal lebih daripada 160 proses & peringkat fisiologi secara positif.
  • Membuat sel-sel membran anda lebih teratur.
  • Menjejaskan isyarat molekul, kerana curcumin boleh terus berinteraksi dengan molekul radang, DNA, protein pembawa dan ion-ion logam.

Curcumin juga berfungsi dengan baik seiring dengan sebatian bioaktif lain dalam kunyit, yang boleh membantu:

  • Menyokong paras kolesterol yang sihat.
  • Menyekat trombosis (proses pembekuan darah tidak normal) dan infarksi myokardium (serangan sakit jantung).
  • Mempercepatkan penyembuhan luka.
  • Melindungi diri terhadap katarak, kerosakan hati, masalah pulmonari (paru-paru) dan fibrosis, dan kerosakan sel yang disebabkan oleh sinaran radiasi.
  • Menghentikan gejala artritis reumatoid, multiple sclerosis dan mereka yang dikaitkan dengan diabetes jenis 2

Ada lagi yang satu fakta menarik tentang kunyit. Kunyit akan menyerap ke dalam badan kita dengan baik apabila dimakan dengan makanan yang mengandungi lemak. Kunyit adalah campuran tambahan yang sempurna bagi telur.

Mulai sekarang, anda boleh cuba mencampurkan kunyit di dalam masakan anda yang berasaskan telur dan juga masakan harian anda yang lain. Pasti masakan anda akan kaya dengan rasa dan yang paling penting anda akan menghidangkan & menikmati makanan menyihatkan yang mempunyai nilai pencegahan & penyembuhan penyakit.

Jadi jangan ragu-ragu menambahkan sedikit kunyit ke dalam masakan anda setiap hari.

Jom makan hidangan yang menyihatkan setiap hari!

RUJUKAN:

1. “Turmeric”, The World’s Healthiest Foods

2. “Curcumin may relieve pain, inflammation for osteoarthritis patients”, Institute of Food Technologists, January 11, 2011 

3. Antimicrob. Agents Chemotherapy. April 2009 vol. 53 no. 4 1592-1597, doi: 10.1128/AAC.01242-08

4. Ji, “600 Reasons Turmeric May Be the World’s Most Important Herb”, GreenMedInfo, July 10, 2013

5. Journal of the American Chemical Society 2009 Apr 1;131(12):4490-8

6. Natural Product Reports 2011: 28; 1937-1955

2 thoughts on “Kunyit Bantu Cegah Kanser?

  • September 20, 2017 at 3:40 am
    Permalink

    Kunyit. memang popular sebagai salah satu bahan masakan orang India dan orang melayu sejak dahulu lagi.Menyedari khasiat yg telah dijelaskan oleh Zon Sihat Ceria.Saya akan cuba memperbanyakan penggunaan kunyit.didalam Menu Masakan harian saya.Terima kasih ZSC..

    Reply
    • September 20, 2017 at 1:03 pm
      Permalink

      Sama-sama. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *