11 Tips Meningkatkan Kualiti Tidur Anda

Tidur yang berkualiti akan memberikan impak yang positif di dalam kehidupan dan tubuh badan anda. Mari amalkan 11 tips ini:

1. Kemaskan tempat tidur anda

Ini adalah mainan psikologi yang bertujuan menjadikan bilik tidur anda nampak sungguh selesa untuk aktiviti berehat dan tidur.

2. Bersenam

Bersenam boleh membantu tidur anda menjadi lebih baik pada waktu malam. Sekiranya anda tidak mempunyai masa untuk bersenam penuh, sekurang-kurangnya anda boleh melakukan latihan peregangan atau berat badan yang pantas.

3. Kurangkan pengambilan kafein

Jika anda seorang penggemar minuman berkafein, ambil minuman berkafein terakhir anda pada waktu petang. Kafein boleh berlarutan di dalam badan anda selama berjam-jam lamanya, ia akan menyekat adenosin iaitu bahan kimia yang terdapat di otak manusia. Adenosin berfungsi untuk membantu anda tidur.

4. Tidur sekejap pada waktu tengahari

Tidur sekejap (nap) pada waktu tengahari adalah sangat digalakkan bagi merehatkan tubuh badan anda selain membantu menambahkan tenaga untuk terus menjalankan aktiviti sepanjang hari. Bagaimanapun, anda tidak boleh nap melebihi 20 minit kerana ia akan mengganggu kualiti tidur malam anda. Anda perlu cuba curi masa untuk nap dan lihatlah kesannya.

5. Melakukan aktiviti santai 15 minit.

Jika anda tertekan, anda sukar untuk tidur. Anda boleh memperuntukkan masa sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari dengan melakukan aktiviti bersantai. Anda boleh cuba mendengar muzik, menulis jurnal, bermeditasi, berbual dengan orang lain atau mencuba Teknik Kebebasan Emosi (EFT). Lakukan apa sahaja yang anda rasa selesa lakukan untuk mengurangkan rasa tertekan.

6. Hentikan Makan Tiga Jam Sebelum Tidur

Sekiranya anda makan makanan yang berat terlalu dekat dengan waktu tidur, tubuh anda perlu menggunakan tenaga untuk mencerna makanan dimana ia sepatutnya berehat semasa anda tidur. Pastikan anda makan selewat-lewatnya tiga jam sebelum tidur.

7. Kurangkan bunyi

Bunyi bising seperti bunyi kenderaan, perbualan dengan suara kuat boleh merangsang sistem saraf anda dan menjadikan anda terjaga dari tidur. Anda perlu mencari cara untuk menjauhinya. Anda juga perlu memastikan peralatan eletrik dan elektronik disekitar tempat tidur tidak mengeluarkan bunyi kuat.

8. Mendengar muzik yang lembut dan menenangkan

Ia bukan kategori bunyi bising. Mendengar muzik yang lembut, menenangkan seperti klasik sebenarnya boleh membantu anda tidur. Cubalah.

9. Kawal suhu bilik tidur

Tidak ada suhu spesifik untuk membantu anda tidur dengan baik. Jadi, anda boleh mengawal suhu bilik anda mengikut keselesaan supaya tidak terganggu dengan rasa terlalu panas atau sejuk.

10. Buat ritual bersedia untuk tidur

Anda boleh memberitahu minda dan badan anda bahawa ia adalah masa untuk tidur dengan mencuci wajah, memberus gigi, menepuk bantal tidur dan memakai baju tidur anda. Cuba tekun dengan ritual ini pada masa yang sama, setiap malam. Lama-kelamaan minda dan tubuh anda akan faham tentang ritual ini.

11. Tidur dalam bilik gelap

Sebaik sahaja anda sudah bersedia untuk tidur, pastikan bilik tidur anda kelihatan gelap. Sedikit cahaya dalam bilik tidur anda boleh mengganggu kitaran tubuh badan dan pengeluaran melatonin kelenjar pineal anda. Anda boleh menutup tingkap dengan langsir. Lebih bagus jikalau anda dapat memakai penutup mata.

Dengan mengamalkan tips ini secara konsisten, ia akan membantu anda untuk meningkatkan kualiti tidur. Salah satu rahsia hidup sihat adalah tidur yang mencukupi.

Kredit: www.mercola.com

3 thoughts on “11 Tips Meningkatkan Kualiti Tidur Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *